Safawi Rasid Dipilih Pemain Terbaik Mingguan Di Thailand
MakanBola
Ratchaburi FC

Pemain sayap pasukan Ratchaburi FC, Safawi Rasid dinobatkan selaku antara pemain terbaik bagi minggu ke-24 susulan persembahan yang cukup memukau semalam.

Beliau sudah pun tampil dalam kebanyakan aksi The Dragons sekaligus memberi bayangan bahawa impak yang dibawa oleh kapten pasukan Malaysia ini ke dalam pasukan.

Pemain berusia 25 tahun ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan berdepan Chonburi yang menyaksikan anak didik Xavi Moro mencatatkan kemenangan 2-1.

Ad

Safawi membuktikan ketajamannya di hadalan gawang apabila bijak menghidu peluang dan ruang apabila membuat satu tandukan melepasi kawalan penjaga gol Chonburi untuk gol kedua pasukan.

Ad

Ia sekaligus berjaya memberikan 3 mata penuh buat Ratchaburi untuk kembali bersaing di tangga ke-5 liga.

Beliau akhirnya dinobatkan selaku pemain terbaik minggu di Thai League dan berada dalam kesebelasan terbaik minggu ke-24.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Revo Thai League (@thaileague)

Ad

Ratchaburi kini dalam proses mendapatkan rentak semula sambil berharap kecemerlangan Safawi dapat terus membantu pasukan menapak ke tangga yang lebih baik.