Advertising
Safawi Rasid: Peluang Mengejar Selangor & Sabah Masih Terbuka
MakanBola
Terengganu FC

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid percaya peluang merebut kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super masih lagi terbuka.

Kedudukan semasa liga menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan tampuk pendahulu dengan 40 mata. Sabah dan Selangor masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan 29 mata.

Ad

Walau bagaimanapun, Sang Badak memintas The Red Giants dari segi kelebihan jaringan. Terengganu mengekori kedua-dua pasukan itu di tangga keempat dengan 24 mata.

Ad

Safawi merasakan sekiranya Terengganu dapat mengekalkan momentum kemenangan ketika ini, tidak mustahil pasukan itu mampu mengejar Sabah dan Selangor.

“Bagi kami, (peluang mengejar Selangor dan Sabah) masih terbuka. Tapi JDT jauh sedikit, Tapi bagi Selangor dan Sabah, Insya Allah masih terbuka.

Ad

“Jadi, kita akan buat sedikit demi sedikit untuk kejar (dua pasukan berkenaan),” katanya selepas perlawanan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)-Terengganu.

Ad

Aksi tersebut berkesudahan dengan kemenangan 2-1 buat Peteh menerusi gol Alif Zakaria dan Safawi. Kapten Kelantan DN, Oday Kharoub menyumbat gol saguhati menerusi penalti pada minit akhir perlawanan.

Ad

Terengganu kini mengalihkan fokus untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2024/25 menentang Negeri Sembilan FC. Aksi tersebut bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Disember ini.