Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid kini telah memintas rekod jaringan Arif Aiman bagi musim 2024/25.
Pemain berusia 27 tahun itu telah menyertai Terenganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beliau dilihat kembali menemui sentuhan jaringannya sejak berada di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.
Safawi membentuk gandingan yang amat baik bersama rakan sepasukan terutamanya Ismaheel Akinade dan juga Akhyar Rashid untuk mengemudi jentera serangan.
Anak jati Dungun ini telah merekodkan 5 jaringan dan dua bantuan gol dalam 10 aksi awal musim ini.
Angka ini telah mengatasi rekod jaringan yang dikumpul oleh Arif Aiman bersama JDT.
Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menjaringkan satu gol musim ini namun memberikan 4 bantuan gol kepada rakan sepasukan.
JDT dan Terengganu juga masing-masing berada pada prestasi memberangsangkan namun skuad Peteh tunduk 4-0 ketika aksi di Stadium Sultan Ibrahim.
Kedua-dua pasukan ini masih meneruskan perjuangan bagi aksi timbal balik separuh akhir Piala FA 2024 pada 3 dan 4 Ogos 2024.