Advertisement
Safawi Rasid Terajui Carta, Muncul Penjaring Terbanyak Piala AFF 2020
Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi bin Rasid telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bagi edisi Piala AFF Suzuki 2020. Pemain yang berusia 24 tahun itu berjaya meledak sebanyak empat jaringan gol bagi edisi kali ini.

Safawi bersama tiga lagi pemain lain iaitu Bienvenido Maranon dari Filipina, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda dari Thailand dinobatkan sebagai penjaring terbanyak selepas masing-masing berjaya menjaringkan empat gol secara keseluruhannya.

Satu gol Safawi terhasil dalam perlawanan pertama, ketika skuad Harimau Malaya menentang Kemboja. Tiga lagi jaringan Safawi adalah ketika Malaysia menumbangkan Laos, 4-0. Dalam perlawanan tersebut, jaringan hatrik Safawi sekaligus mengangkat nama beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

Walaupun langkah skuad negara untuk edisi AFF Suzuki 2020 terhenti di peringkat kumpulan, namun kita tetap akan berbangga dengan pencapaian yang diraih Safawi. Safawi menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang mendapat anugerah terbaik kejohanan. Tahniah Pawi!