Safawi Rasid Terima Sambutan Hangat Daripada Penyokong Ratchaburi
Dunia
Ratchaburi & The Dragons
Advertisements

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid menerima sambutan yang cukup luar biasa oleh para penyokong kelabnya di Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain baharu yang dibawa masuk daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan terus mendapat tempat di hati penyokong.

Kehadiran Safawi ditagih oleh pasukan yang diberi jolokan The Dragons dalam usaha mengejar kedudukan tiga kelompok pasukan teratas.

Advertisements

Beliau yang kini sudah pun beraksi dalam tiga aksi bersama Ratchaburi terus mendapat kepercayaan jurulatih bagi mengemudi jentera serangan pasukan.

Safawi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan dimasukkan pada babak kedua permainan pada aksi menentang Nongbua Pitchaya malam ini.

Hasilnya, mereka berjaya mencatatkan kemenangan dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, para penyokong Ratchaburi dirakam menyambut kepulangan semula Safawi dengan penuh kasih sayang.

Mereka sempat melaungkan kata-kata kepada beliau untuk terus menyokong perjalanan kariernya di sana.

“Sawasdee krab sawasdee krab hey hey Safawi.”

Advertisements

Beliau dijangka akan terus membarisi jentera serangan Ratchaburi sungguhpun masih belum memiliki peluang untuk menjaringkan gol pertamanya di Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram