Lagenda bola sepak negara, Safee Sali memberi pesanan penting kepada pihak yang terlibat dalam industri bola sepak negara.
Beliau menerusi satu hantaran laman Instagram memberi respon mengenai pendedahan kapten KL City, Paulo Josue yang tertangguh 7 bulan.
“Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara.
Beliau juga memberi pandangan mengenai senario yang terjadi dalam arena bola sepak negara ketika ini.
“Bila kami bersuara dikatakan mahu menjatuhkan atau memburukkan imej bola sepak sendiri tetapi bila jadi kes begini, siapa yang mahu dipertikaikan.
“Kami perhatikan dan lihat sahaja apa yang badan induk lakukan. Sila pantau dan lakukan sesuatu yang proaktif dalam menangani bab ini,” ujarnya.
Safee juga memberitahu bahawa cinta dan semangatnya dalam arena sukan ini tidak akan pudar.
“Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji. Saya sudah tidak bermain dalam liga, tetapi semangat saya dalam sukan ini tidak akan pudar. Saya tahu perit jerit setiap pemain.
“Ambil tanggungjawab atau tinggalkan sukan ini. Hidup ini ada pilihan,” maklum Safee Sali.