Safee Sali Harap Ubaidullah Shamsul Segera Bangkit
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap bek tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Ubaidullah Shamsul Fazili kembali bangkit apabila musim 2024/25 bermula.

Safee berpandangan sedemikian selepas melihat kempen hambar Malaysia dalam Piala Asia B-23 2024 di Qatar baru-baru ini.

Malaysia gagal merealisasikan sasaran layak ke suku akhir Piala Asia B-23 apabila menamatkan kempen Kumpulan D di tangga keempat.

Advertisements

Harimau Muda bukan saja tewas dalam tiga perlawanan. Malah, skuad negara hanya menjaringkan satu gol dan dibolosi enam kali dalam tiga perlawanan.

Atas sebab itu, Safee berharap bek tengah muda Terengganu FC itu dapat melupakan apa yang berlaku dan kembali bangkit apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada minggu hadapan.

Advertisements

“Dan saya nak tengok seorang lagi pemain ialah Ubaidullah (Shamsul Fazili). Sebab bila saya tengok video tadi, saya terfikir dengan Piala Asia B-23, macam mana dia perlu bangkit dan tunjukkan keyakinan dia bersama Terengganu,” katanya semasa menjadi panel perlawanan pra-musim Terengganu-Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Astro Arena baru-baru ini.

Ubaidullah membantu skuad Peteh mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pra-musim apabila pasukan itu seri tanpa jaringan dengan Kelantan.

Advertisements

Selain itu, beliau turut memastikan gawang Terengganu yang dikawal Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin tidak dibolosi.

Terengganu bakal membuka kempen Liga Super dengan turun menentang Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 11 Mei ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram