Dunia
Safee Sali – Gambar PFAM
Advertisements

Bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali baru-baru ini menyatakan hasrat dan impian beliau untuk menyarung jersi pasukan Perak FC.

Menerusi satu ruangan Insta Story miliknya, Safee telah membuka peluang soal jawab kepada para pengikutnya di Instagram. Pelbagai persoalan telah dilontarkan terhadap penyerang berusia 36 tahun itu namun Safee memberi maklum balas yang baik terhadap soalan-soalan yang diajukan.

Beliau ditanya berkaitan impian dalam bola sepak yang belum tercapai, Safee secara spontan menyatakan bahawa impiannya adalah untuk bermain dengan pasukan tempat beliau membesar iaitu Perak.

Advertisements

“Bermain dengan pasukan tempat saya banyak membesar, saya lahir di Selangor dan membesar di Perak”, katanya.

Safee Sali
Insta Story @supersafee_10

Di ruangan pertanyaan yang sama, pemain kelahiran Kajang ini turut mengulas pandangan beliau tentang perkembangan dan kemajuan pasukan kesayangan beliau iaitu Selangor. Menurutnya, pasukan Selangor sudah mula menunjukkan perubahan dari pelbagai sudut, namun Selangor FC memerlukan sosok tubuh yang lebih professional dan bijak dalam mengurus pasukan.

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) ini turut menasihatkan semua pemain agar sentiasa bersemangat dalam mewakili pasukan. Ditanya berkaitan Wan Kuzain jika diberi peluang mewakili negara, Safee menambah, bakat seseorang pemain sahaja tidak mencukupi. Pemain juga perlu menyemai semangat bermain untuk negara dan pasukan.

Safee Sali kini bermain bersama Kuala Lumpur City FC bagi saingan Liga Malaysia selepas menandatangani kontrak selama setahun bersama KLC Disember tahun lalu. KLC musim ini mempunyai banyak pilihan di posisi serangan dan Safee terpaksa berebut tempat untuk mendapatkan minit permainan. Kombinasi tiga nama berpengalaman Safee, Shukor dan Indra menjadikan KLC sebagai salah satu pencabar yang sengit di saingan Liga Malaysia 2021. Indra Putra menyifatkan kehadiran Safee Sali menjadikan pasukan The City Boys ini lebih konsisten untuk kekal berada di kancah Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram