Safee Sali: Kita Kuasai Asia Tenggara Dahulu, Janganlah Mimpi Tinggi Sangat
Asia
Super Safee 10
Advertisements

Dalam satu sesi sembang santai di rancangan bola@mamak tempoh hari, bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali telah mengulas sedikit sebanyak tentang prestasi dan realiti skuad Harimau Malaya ketika ini.

Menurut Safee, skuad kebangsaan negara perlu mencatat kejayaan di peringkat asia tenggara terlebih dahulu sebelum meletakkan target untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan malu digelar jaguh kampung asia tenggara.

“Biarlah orang cakap kita jaguh kampung ke apa sebab inilah kenyataannya. Kita kena mengusai asia tenggara dahulu sebelum ke asia. Janganlah mimpi tinggi sangat, ini realiti kita.”

Advertisements

Pemain KL City FC ini turut berpendapat bahawa kita perlu mencontohi negara Vietnam dan Thailand. Mereka cipta kemenangan sebanyak mungkin dalam kejohanan AFF Suzuki dan hari ini mereka menjadi antara pasukan yang terbaik di Asia.

“Kita harus kuasai asia tenggara dulu, menanglah berapa banyak AFF pun macam Thailand dan Vietnam. Barulah kita progress ke Asia pelan-pelan.”

Advertisements

Bekas pemain terbaik AFF Suzuki 2010 ini meramalkan jika pasukan negara menjadi juara dalam edisi AFF Suzuki kali ini, landskap bola sepak tempatan akan menjadi lebih baik.

“Kalau national team berjaya sukses dan menang edisi tahun ini, saya rasa suasana bola sepak Malaysia akan lebih menarik dan sambutan penyokong juga akan “kaw kaw” selepas ini.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, Safee Sali dan pengulas rancangan bola@mamak, saudara Hafizal Hamad berpendirian bahawa kritikan membina ini bukanlah untuk merendahkan pasukan sebaliknya mengharapkan prestasi skuad negara akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Kita kena berpijak di bumi yang nyata bahawa inilah sahaja yang kita ada. Bukanlah kita nak merendahkan, tapi kita kena lepas AFF Suzuki, barulah ke Piala Asia. Step by step,” jelas Hafizal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram