Safee Sali Kongsi Sisi Unik Bintang Baharu JDT
Liga Super
@supersafee_10
Advertisements

Bekas penyerang JDT, Safee Sali sempat berkongsikan pandangan beliau terhadap bintang baharu JDT untuk musim hadapan iaitu Jalil Elias.

Dalam satu hantaran video dilaman sosial X milik Zulhelmi Zainal Azam, Safee Sali menyatakan kedatangan pemain tengah ini mampu memberi penambahbaikan kepada pasukan JDT.

“Pemain seperti Jalil Elias tiada buat masa sekarang ini dalam skuad JDT. Pemain seperti beliau akan memberikan kelebihan yang baharu buat JDT. Jalil Elias adalah box to box player dimana beliau mampu bertahan dan menyerang.” ujar Safee dalam temu bual bersama pihak Astro Arena.

Advertisements

Jalil Elias yang kini bermain di liga utama Argentina telah melakukan 47 penampilan untuk pasukan San Lorenzo dan telah menyumbang 2 gol serta 3 bantuan jaringan buat musim ini.

Jalil Elias merupakan pemain tengah bertahan dan turut mampu bermain sebagai pemain tengah dengan peranan box to box player menurut TMJ.

Berita perpindahan pemain berusia 27 tahun ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab JDT, TMJ beberapa hari yang lalu.

Advertisements

“Jalil Elias akan menjadi pemain kami (JDT), ya. Dia akan menyertai kami setelah habis kontrak bersama San Lorenzo dan akan memberi lebih keseimbangan dalam skuad JDT.” ujar TMJ kepada Zulhelmi Zainal Azam.

Kehadiran Jalil Elias bakal memperkuatkan lagi barisan tengah JDT yang ketika ini dilimpahi pemain berbakat seperti Natxo Insa, Afiq Fazail, Hong Wan, Safiq Rahim dan Leandro Velasquez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram