Advertising
Safee Sali Puji Tindakan Hebat Bergson
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali memuji impak yang diberikan oleh penyerang JDT, Bergson Da Silva ketika membantu pasukannya mengikat Kedah Darul Aman tempoh hari.

Pemain berusia 32 tahun itu bergandingan bersama Heberty Fernandes di bahagian serangan pasukan namun dikejutkan dengan dua jaringan awal tuan rumah.

Ad

Kehebatan beliau terserlah apabila Harimau Selatan berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan kemudiannya mendahului permainan.

Ad

Tumpuan terarah kepada bagaimana Bergson memainkan watak penting yang membawa kepada jaringan kedua pasukan.

Perkara ini mencuri perhatian Safee Sali yang merasakan bahawa pemain bintang ini wajar diberikan kredit sewajarnya.

Ad

“Kemasukan Endrick itu membantu kerana beliau memiliki kualiti hantaran jauh yang baik.”

Ad

“Bergson membuat satu tindakan yang bijak kerana kita tahu sebelum ini beliau selfish. Beliau telah membuat satu dadaan cantik kepada Heberty,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Keputusan seri 3-3 itu menyaksikan Kedah menamatkan rentetan 20 kemenangan JDT di Liga Super musim ini.

Sungguhpun begitu, JDT tetap tidak tewas dalam mana-mana aksi domestik pada musim 2023 setakat ini selain berjaya merekodkan 4 catatan baharu.

Bergson juga memainkan peranan penting pada musim ini selepas ketiadaan Forestieri yang dilanda kecederaan apabila menjaringkan 14 gol dalam Liga Super setakat ini.