Advertisements
Safee Sali: Saya Faham Apa Bergson Rasa
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali dapat memahami perasaan penyerang utama JDT, Bergson Da Silva.

Tonggak berusia 33 tahun itu dimasukkan selaku pemain gantian berdepan juara K-League 1, Ulsan HD dan menjaringkan gol ketiga perlawanan.

Reaksi beliau mencuri tumpuan apabila lensa kamera menunjukkan pemain kelahiran Brazil itu menitiskan air mata selepas menjaringkan gol tanda kepuasan.

Menurut Safee, pemain yang merekodkan jaringan ke-20 musim 2024/25 itu puas selepas sekali lagi membuktikan ketajamannya.

“Saya dapat rasakan apa yang Bergson rasa. Saya tak salahkan sesiapa. Ini bergantung kepada percaturan taktikal permainan JDT pada peringkat ACLE.

“Kita nampak sangat ketara, Obregon punya corak permainan lain, Bergson pula lain.

Beliau juga berpendapat bahawa Obregon lebih sesuai diturunkan dalam kesebelasan utama bergantung kepada taktikal yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan JDT.

“Apa yang lebih efektif bagi saya ialah Obregon untuk berada di kesebelasan utama sebab dia dapat memegang bola dan sangat kuat di hadapan.

“Itu dapat menarik pemain tengah dan pertahanan JDT untuk menyokong bahagian serangan,” jelas Safee Sali kepada Astro Arena.

Zaquan Adha juga bersetuju bahawa kehadiran Obregon pada awal permainan mampu untuk memberikan tekanan kepada pertahanan lawan sambil tidak menindakkan kemampuan Bergson selaku penggempur utama JDT.

JDT akan mengharungi kempen Piala Malaysia dan juga aksi kelima ACLE menentang wakil China, Shandong Taishan.