Ads
Safee Sali: Sri Pahang Ujian Sebenar JDT
Liga Super
PFAM

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali melihat Sri Pahang FC sebagai medan ujian sebenar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Empat perlawanan awal Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan JDT bukan saja menerajui Liga Super dengan sembilan mata.

Advertisements

Malah, anak buah Hector Bidoglio itu turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA 2024 dengan membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 4-0 dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik pada Sabtu lalu.

Advertisements
Advertisements

Meskipun begitu, Safee melihat pasukan yang diberi jolokan Harimau Selatan itu masih tercari-cari rentak terutama selepas melepaskan ramai pemain pada awal musim.

Dan beliau percaya skuad Tok Gajah yang dibimbing Fandi Ahmad akan mencabar JDT apabila kedua-duanya bertemu nanti.

Advertisements

“Bertemu dengan pasukan Sri Pahang merupakan ujian sebenar untuk JDT. Sebab sebelum ini, tiada pasukan kuat yang mampu mencabar JDT. Mereka akan diuji, saya rasa.

“Walaupun (Sri) Pahang bukan dalam momentum terbaik, (Sri) Pahang satu pasukan yang besar. Dan melihat sebenarnya JDT bukan seperti yang sebelum ini.

“(Mereka) masih lagi mencari rentak, di manakah atau siapakah yang akan diturunkan. Juan Muniz pun kadang-kadang main dalam kesebelasan utama, kadang-kadang tidak. Dan bila hendak letakkan Jalil Elias.

“Jadi, perkara itu saya rasa masih lagi dalam pencarian siapakah kesebelasan utama dalam skuad JDT pada tahun ini. Memang menarik sebab pengurangan (pemain) sudah mula memberikan kesannya (kepada JDT).

“Jadi, macam mana JDT nak atasi dan kembali bangkit dengan lebih kuat selepas ini, itu atas kebijaksanaan Hector Bidoglio,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

JDT mendapat tonik semangat untuk aksi menentang Tok Gajah apabila Arif Aiman Hanapi muncul sebagai pemain gantian semasa menentang Kelantan DN.

Advertisements

Arif yang kembali cergas selepas mengalami kecederaan sebelum ini turut mencipta nama sebagai penjaring pada minit akhir perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram