Selepas disisihkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, kelibat Arif Aiman mula kelihatan dalam sesi rehabilitasi di padang latihan sekali gus melegakan penyokong JDT dan Harimau Malaya.
Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers, Arif dilihat sedang menjalani latihan ringan dan video tersebut diakhiri dengan lambaian tangan seolah-olah menandakan beliau akan kembali beraksi tidak lama lagi.
Untuk rekod, Arif belum diturunkan lagi dalam dua aksi awal JDT bagi saingan Liga Super ekoran kecederaan yang dialami.
Bukan sahaja itu, nama Arif Aiman juga disisihkan daripada 25 pemain skuad kebangsaan bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Selain Arif, beberapa pemain di posisi penyerang turut terpaksa disisihkan gara-gara kecederaan seperti Faisal Halim, Syafiq Ahmad dan Darren Lok.
Malaysia dijadualkan bertemu Kyrgyzstan pada Khamis ini (6 Jun) di Bishkek sebelum melayan kunjungan Chinese Taipei pada 11 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.