Advertising
Safee Sali Tak Terkejut Dengan Keputusan Ong Kim Swee
MakanBola
Sabah FC

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali tidak terkejut apabila mengetahui pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengundur diri daripada pasukan itu.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu membuat kejutan apabila memilih meninggalkan Sang Badak apabila kontraknya tamat pada penghujung November ini.

Ad

Ini menjadikan aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia menentang PT Athletic pada 23 November lalu sebagai aksi terakhir Kim Swee bersama Sabah.

Ad

Safee percaya situasi yang dihadapi pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan jurulatih berusia 53 tahun itu.

“Dan melihat kepada keadaan sekarang, saya tidak terkejut sebenarnya kepada Datuk Ong Kim Swee. Ini sebab keadaan dan situasi sekarang ramai jurulatih yang menjadi mangsa pasukan.

Ad

“Jadi, kalau kita tengok Sabah pun bukan berada dalam keadaan yang buruk. Berada dalam prestasi yang baik, (slot kelayakan) AFC lagi.

Ad

“(Mereka) dalam liga sudah berjuang tapi melihat kepada situasi sekarang, saya tak terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Ad

Sang Badak merekodkan kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan Liga A1 Semi-Pro itu. Saddil Ramdani, Danial Haqim Draman, Daniel Ting dan gol sendiri Yusri Yuhasmadi membantu Sabah memiliki bekalan empat gol.

Kini, Sabah dan PT Athletic bakal berentap buat kali kedua pada 27 November ini. Sang Badak dijangka berusaha mempertahankan kelebihan gol mereka untuk menempah tiket suku akhir Piala Malaysia 2024/25.

Ramai peminat bola sepak negara tertanya-tanya destinasi Kim Swee seterusnya. Satu khabar angin mengatakan bekas pengendali Harimau Muda itu bakal berkelana ke Indonesia selepas dikaitkan dengan kelab Persis Solo.