Advertising
Persis Solo Bakal Jadi Destinasi Baharu Ong Kim Swee?
MakanBola
PSFC/SFC
Sponsors

Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee dilaporkan mendapat tawaran untuk membimbing kelab Indonesia, Persis Solo.

Khamis lalu, para peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita perpisahan Ong Kim Swee bersama Sabah apabila kontrak beliau tamat pada 30 November hadapan.

Ad

“Dengan rasa berat hati, saya memutuskan untuk memilih haluan berbeza dengan tidak meneruskan tugasan saya sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC apabila kontrak saya tamat pada November 2024.”

Ad

”Tugasan terakhir saya adalah perlawanan menentang PT Athletic pada 23 November 2024,” umum Ong Kim Swee dalam satu hantaran di Instagram.

Berita ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hala tuju seterusnya bekas jurulatih skuad negara ini dengan tawaran dari Kelana Jaya dan Indonesia menjadi topik hangat.

Ad

Maklumat terkini oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa Persis Solo menjadi salah satu pilihan andai benar Ong Kim Swee berhasrat berkelana ke Indonesia.

Ad

“Penampilan terakhir Datuk Ong Kim Swee bersama Sabah sebelum buka lembaran baru, difahamkan Persis Solo jadi destinasi andai memilih ke Liga 1 Indonesia,” lapor Zulhelmi di laman X.

Ad

Persis Solo ketika ini menghuni tangga ke-16 Liga 1 Indonesia setelah merekodkan 2 kemenangan, 1 keputusan seri serta 8 kekalahan dalam 11 perlawanan liga setakat ini.

Antara pemain yang dikenali yang kini menyarung jersi Persis Solo adalah bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe dan dua bintang muda Indonesia, Ramadhan Sananta dan Arkhan Kaka.