Safiq Rahim Sempat Belanja Faisal Halim Starbucks
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Pemain lincah Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim menegaskan bahawa hubungannya dengan pemain senior Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim pada ketika ini adalah sangat baik.

Beliau ketika ditemui pemberita pada semalam menjelaskan bahawa mereka berdua tidak mempunyai apa-apa masalah untuk digandingkan bersama dalam pasukan. Ini kerana tiada dendam yang disimpan antara kedua pemain.

“Saya dengan Safiq Rahim tak ada masalah apa. Saya bermain dalam satu pasukan kadang-kadang saya main sebelah kanan dan dia pun ada main di tengah dalam satu pasukan.”

Advertisements

Pemai lincah yang berusia 24 tahun ini turut memuji Safiq apabila menyatakan bahawa Safiq Rahim merupakan seorang pemain yang baik dan professional.

“Bila saya minta bola dia tetap bagi pada saya, jadi Safiq sebenarnya orang yang baik cuma biasalah orang tua dia suka marah-marah sikit.”

Rentetan daripada insiden pertembungan antara Faisal dan Safiq dalam saingan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu tempoh hari, Faisal menjelaskan bahawa beliau tidak ada menyimpan apa-apa dendam dan sudah melupakan peristiwa tersebut.

Advertisements

“Sebenarnya bagi saya Safiq profesional, saya pun tak ada nak bawakan kes yang lepas nak bawa ke sini (kem latihan pasukan kebangsaan) nak dendam ke apa, tak adalah. Kira dia okay, saya pun okay,” ujar Faisal Halim.

Dalam pada itu, seorang wartawan sempat berseloroh kepada Faisal ketika sesi temubual berakhir. Rakaman suara yang sempat dirakam lensa Cakap Sukan jelas kedengaran bahawa Safiq Rahim sempat belanja Faisal Halim secawan kopi Starbucks.

“Safiq dah belanja dia Starbucks semalam.”

Advertisements

Faisal yang dengar ungkapan itu tersenyum lebar tanpa memberi sebarang respon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram