Safuwan Baharudin Jadi Rebutan Terengganu & Negeri Sembilan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain versatil kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin kini diburu oleh beberapa kelab yang serius mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah lama berkelana di Malaysia bersama beberapa buah kelab termasuklah Sri Pahang dan juga Selangor.

Menurut beberapa sumber, Terengganu sebelum ini sudah menyatakan minat yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Safuwan  bagi saingan musim 2023.

Advertisements

Namun begitu, usaha ini seakan cuba dicaras oleh Negeri Sembilan apabila mereka juga dilaporkan mahu mendapatkan  tunjang utama Selangor ini.

Kontrak Safuwan beraksi awal Disember lalu sekaligus memberi bayangan beliau tidak akan kekal bersama kelab.

Beliau juga hanya sempat beraksi 5 perlawanan musim ini setelah dilanda kecederaan panjang yang memaksa khidmatnya diketepikan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram