Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan.
Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya.
Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3.
Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan di laman sosial, pemain JDT itu telah menarik minat peminat di Korea Selatan susulan persembahan cemerlangnya.
Semua mata tertumpu kepada keupayaannya untuk menggagalkan setiap serangan anak didik Jurgen Klinsmann sehingga tidak mampu menjaringkan gol menerusi ‘open-play’.
“Wajah penjaga gol Malaysia.”
“Keputusan terikat, tetapi seakan kalah. Akan tetapi, wajah penjaga gol Malaysia sangat comel” ujar penyokong Korea Selatan.
Menurut statistik oleh laman Sofascore, Syihan Hazmi menerima penilaian setinggi 7.0 dan menjadi antara pemain Malaysia paling cemerlang.
Beliau lima penyelamatan (3 dalam kotak penalti), tiga tumbukan, 41 sentuhan dan juga 21 hantaran bola jauh.
Anak jati Kelantan ini turun dalam kesemua aksi di peringkat kumpulan dan membantu skuad negara pulang dengan satu mata.
Skuad kebangsaan akan meneruskan cabaran dengan berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan Mac nanti.