Samir Nasri Umum Gantung But, Tamatkan Karier Gemilang
Dunia
Instagram: @samnasri8
Advertisements

Bekas bintang Arsenal dan Manchester City, Samir Nasri baru-baru ini mengumumkan persaraan karier bola sepak professional pada usia 34 tahun. 

Pemain tengah itu pernah berada pada kemuncak prestasi terbaik ketika beliau mewakili dua kelab gergasi England suatu ketika dahulu.

Kemudiannya, beliau beraksi untuk pasukan West Ham pada tahun 2019 sebelum beliau berkelana ke Anderlecht pada tahun 2020 bersama bekas rakan sepasukannya, Vincent Kompany pada tahun itu yang kini menjadi pengurus kelab tersebut. 

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun itu hanya melakukan tujuh penampilan dan berhasil menjaringkan satu jaringan sahaja. Ia adalah satu situasi yang sukar buat beliau selepas beberapa kejadian yang menimpa ke atasnya. 

Namun begitu, faktor utama beliau membuat keputusan untuk meninggalkan dunia bola sepak adalah kerana larangan yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas kesalahan melanggar peraturan Badan Anti-Doping Dunia. 

“Satu episod menyakitkan saya dan mengubah hubungan saya dengan bola sepak disebabkan penggantungan saya,” kata Nasri kepada Le Journal du Dimanche.

Advertisements

“Saya merasakan ianya tidak adil. Saya tidak mengambil produk doping. Ia hanya suntikan vitamin oleh kerana saya sakit. Hal itu menghentikan karier bola sepak saya.” 

Pemain kelahiran Perancis ini memulakan kariernya di kelab Marseille sebelum menyertai Arsenal pada tahun 2008. Beliau mencipta namanya di Arsenal sebelum menyertai Manchester City dimana beliau berjaya memenangi sebanyak dua trofi Liga Perdana Inggeris sepanjang kariernya di England.   

Ini adalah satu keputusan yang agak mengejutkan dalam arena bola sepak oleh kerana bakatnya yang luar biasa pada ketika dahulu pastinya akan dirindui.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram