Sandy Walsh Tinggalkan Timnas Indonesia
Dunia
Twitter: Sandy Walsh
Advertisements

Peamin naturalisasi Indonesia, Sandy Walsh terpaksa meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan Indonesia di Bali dan telah kembali ke kelabnya, KV Mechelen yang berpangkalan di Belgium.

Sandy Walsh sempat mengikuti kem latihan skuad Indonesia sejak 28 November yang lalu. Namun atas permintaan kelabnya, beliau terpaksa pulang ke Belgium kerana pada 21 Disember, KV Mechelen bakal mengharungi perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Belgium.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan yang turut hadir menyaksikan kelancaran kem latihan Timnas Indonesia di Bali.

Advertisements

“Sandy Walsh kembali dulu ke kelabnya kerana ianya adalah permintaan kelab. Nanti akan kembali lagi di Kuala Lumpur. Beliau akan menyusul pada 24 Disember,” kata Iriawan.

Dalam pada itu, Shin Tae-yong tidak risau dengan ketiadaan Sandy Walsh kerana beliau percaya pemain tersebut akan kembali ke pasukan sebelum perlawanan menentang Brunei.

“Saya tidak khuatir sama sekali Sandy Walsh kembali kelabnya. Beliau akan bergabung dengan pasukan juga nanti di Malaysia,” jelas Shin Tae-yong.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram