“Sangat Susah Untuk Dapatkan Bola Lawan Arif Aiman” – Sunil Chandran
Liga Super
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Bekas pemain Perak FC, Sunil Chandran berkongsi pengalaman ketika turun beraksi menentang pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.

Dalam satu temu bual bersama Astro, pemain berusia 24 tahun itu telah ditanya tentang kebolehan dua pemain sayap Harimau Malaya iaitu Faisal Halim atau Arif Aiman.

“Arif Aiman atau Faisal Halim? Adakah awak pernah beraksi menentang dua pemain ini?”

Advertisements

Sunil Chandran memilih Arif Aiman sebagai pemain yang lebih sukar untuk beliau hadapi ketika bertemu di padang. Tambah Sunil, ketika bola berada dikaki Arif cukup susah untuk mana-mana pemain lawan merampas bola tersebut.

“Saya pernah menentang kedua-duanya, untuk saya secara peribadi saya merasakan Arif Aiman. Ketika lawan dia sangat susah nak dapat bola,” ujar Sunil.

Biarpun bertubuh kecil, kelincahan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan ini menjadi kelebihan utama ketika beraksi di bahagian sayap.

Advertisements
@astromalaysia

Kalau kat luar, we ada debate between Lionel Messi dan Ronaldo, tapi dalam Malaysia kita blessed with these two pemain lincah. Pilihan korang apa pula? Arif Aiman atau Faisal Halim? 🇲🇾 #ForYouSports #SportsOnTikTok #SukanDiTikTok #faisalhalim #arifaiman #jdt

♬ original sound – Astro Malaysia – Astro Malaysia

“Walaupun Arif bersaiz kecil, dia kuat dan memang stabil ketika memegang bola. Untuk saya memang Arif Aiman lah.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram