Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan
Inspirasi
TRW Kelantan/Sani Express
Advertisements

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express.

Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi, beliau amat gembira dan teruja dengan Sani Express yang memberi bonus kepada pasukannya. 

Advertisements

“Terima Kasih Sani Express kerana berbesar hati memberi bonus kemenangan kepada pemain TRW Kelantan FC. 

“Hidup Sani Express! ,” ujarnya di laman Facebook milik Zamsaham.

Umum mengetahui, Kelantan FC dan Sani Express merupakan rakan strategik baharu bagi musim 2023 ini. 

Advertisements

Dalam pada itu, Zamsaham juga menyatakan beliau sebagai pemilik turut memberi bonus kepada pemain. 

“Terima kasih sahabat saya Tuan Iskandar Sani yang berbesar hati ingin bagi bonus ke pemain. Saya  juga bagi bonus kepada pemain mengikut kemampuan kami.

Semoga Perlawanan seterusnya lebih baik.

Advertisements

“Terima kasih semua TRW Fans, Gomo Kelate Gomo (GKG),” ujarnya lagi.

Semoga bonus kemenangan ini memberi tonik khas buat para pemain untuk terus pamer aksi terbaik bagi memburu kemenangan seterusnya nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram