Advertising
Santi Cazorla Sedia Bermain Tanpa Bayaran Di Sepanyol
MakanBola
Real Oviedo
Sponsors

Bekas bintang Arsenal, Santi Cazorla mencuri perhatian peminat bola sepak apabila membuat tawaran beraksi tanpa bayaran untuk kelab Segunda Division (divisyen dua Sepanyol), Real Oviedo.

Tawaran mengejutkan itu dibuatnya kepada presiden kelab itu, Martin Pelaez semasa merundingkan perpindahannya pada musim panas 2023.

Ad

Cazorla membuat tawaran tersebut kerana menerima nasihat isterinya yang mahu beliau berbakti kepada pasukan itu sebagai anak jati Oviedo.

Ad

“Saya akan bermain tanpa bayaran tetapi anda tidak dibenarkan melakukannya (di Sepanyol). Mereka (Real Oviedo) membuat tawaran yang bagus (kepada saya).

“Isteri saya berkata, ‘Tidak, tidak, anda pergi ke Oviedo bukan untuk meraih (gaji), anda kembali ke kampung untuk bergembira, membantu dan memberi.’

Ad

“Saya telefon ejen saya, ‘Saya tak mahu duit.’ Saya kemudiannya beritahu presiden (Martin Pelaez), ‘Gaji minimum, 10% jualan baju disalurkan kepada akademi.’ Perjanjian tersebut dimuktamadkan pada malam itu juga,” katanya kepada akhbar The Guardian.

Ad

Sebaik kisah ini dikongsikan oleh akaun EuroFoot di X, ramai peminat bola sepak memuji sikap Cazorla yang berjiwa besar dan sedia membantu kelab berkenaan.

Ad

Cazorla dilaporkan menerima gaji minimum tahunan sebanyak €93,000 (RM474,293) selepas menyertai Los Azules.

Beliau sudah merekodkan 21 penampilan dan tiga bantuan gol untuk musim 2023/24 berdasarkan data terkini Transfermarkt.

Selain Arsenal dan Real Oviedo, Cazorla juga pernah beraksi untuk Villareal, Recreativo Huelva, Malaga dan kelab Qatar, Al-Sadd.