Sanusi: Dia Beli Budak Tu, Pecah Kontrak
Dunia
IG muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor kembali menyuarakan isi hati berkenaan situasi yang berlaku di dalam arena bola sepak Malaysia.

Dalam satu video yang tular di Twitter, Sanusi mengingatkan kepada semua bahawa bola sepak negara tidak akan berkembang jika badan tertinggi bola sepak takut kepada seorang individu.

“Saya nak habaq (beritahu) kepada seluruh negara, kalau badan tertinggi bola sepak takut kepada seorang saja, lagumana (bagaimana) bola sepak ini nak berkembang di tempat lain,” luah Sanusi.

Advertisements

Selain itu, Sanusi juga menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan yang membeli pemain Kedah dan hanya meletakkan mereka di bangku simpanan.

“Dia beli player Kedah, dia simpan di bangku simpanan. Tu yang kita hangat. Budak tu budak baik, budak pandai, budak hebat. Kita latih dia dari remaja, kita cungkil dia. Dia tengah rancak dengan Kedah.

“Dia beli budak tu pecah kontrak. Dia ambil. Dia letak di bangku simpanan. Kita bawa kes ke FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). FAM tak panggil bicara pun kes tu kalau tuan-tuan nak tahu,” luahnya lagi.

Advertisements

Difahamkan Sanusi meluahkan isi hatinya itu ketika Program Pengukuhan Perikatan Nasional Negeri Kedah bagi menghadapi PRU15 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram