Advertisement
Sanusi Idam Kedah Miliki Bangunan Pentadbiran Sendiri
Liga Super
MakanBola
Kedah FA

Selepas bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), salah satu hasrat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ialah melihat KFA memiliki bangunan pentadbiran sendiri. Dan kini, hasrat tersebut sudah dicapai menerusi satu pengumuman yang dibuat beliau baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu mendedahkan KFA kini memiliki bangunan pentadbiran sendiri. Dengan pemilikan tersebut, ia bukan saja membantu dari segi penjenamaan dan tadbir urus yang profesional tetapi juga dari segi komersial.

“Saya juga ada menyatakan hasrat dan impian melalui ucapan kongres terdahulu untuk melihat KFA memiliki bangunan pentadbirannya sendiri.

“Hasrat dan impian ini kemudiannya dikembangkan melalui penganjuran Malam KFA 2022, dan dengan penuh rasa kesyukuran, ingin saya umumkan bahawa bangunan pentadbiran KFA yang bakal dinamakan Wisma KFA-House of Kedah Football telah berjaya dimilki.

“Pemilikan bangunan pentadbiran ini sepertimana yang telah saya ucapkan adalah sebagai lambang kekuatan serta identiti KFA ke arah penjenamaan dan tadbir urus yang lebih profesional serta komersial.

Insyallah, majlis perasmian Wisma KFA yang bakal diadakan nanti merupakan naratif kepada sambutan julungkali, ulang tahun ke-100 tertubuhnya KFA iaitu pada tahun 1924,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Pengumuman tersebut disambut baik oleh penyokong Kedah yang berharap ini dapat membantu pembangunan bola sepak negeri berkenaan terutama di peringkat akar umbi.