Sanusi Wira Porto
Dunia
FC Porto
Advertisements

Pasukan yang berpangkalan di Portugal, FC Porto berterima kasih kepada Sanusi selepas berjaya memacu pasukan untuk memang ke atas Bayer Leverkusen semalam.

Perlawanan peringkat kumpulan saingan Luga Juara-Juara Eropah (UCL) ini menyaksikan anak didik S. Conceição dalam usaha memburu 3 mata pertama saingan.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Nigeria ini memberi impak segera kepada pasukan apabila kemasukannya pada babak kedua permainan mengubah cerita di Estadio Do Dragao.

Advertisements

Sanusi berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas dua jaringan daripada Mehdi Taremi dan juga Hudson Odoi gagal disahkan.

Hantaran lintang yang dilakukan oleh penyerang berbisa Porto, Mehdi Taremi singgah tepat di kepala Zaidu Sanusi yang muda menanduk masuk untuk meletakkan pasukan di hadapan.

Gol itu menjadi pencetus apabila pada saat akhir permainan, Porto sekali lagi memperoleh jaringan menerusi Wenderson Galeno untuk mengutip 3 mata penuh.

Advertisements

FC Porto berada pada tangga kedua kumpulan selepas 3 perlawanan dan mengutip 3 mata. Mereka juga akan bertemu sesama sendiri sekali lagi pada 13 Oktober nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram