Saranan Zaquan Adha Tentang Pengganti Daniel Ting Di Sabah
MakanBola
AA/SFC

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap Sabah FC bersikap teliti apabila mencari pengganti Daniel Ting.

Daniel tidak lagi bersama Sang Badak apabila tempoh pinjamannya bersama pasukan itu tamat pada tahun lalu.

Beliau kini dipinjamkan pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pasukan Thai League 1, Ratchaburi.

Zaquan mengakui pemain pertahanan Harimau Malaya itu memberi sumbangan besar kepada Sabah terutama dari segi pertahanan.

Atas sebab itu, beliau berharap Sabah bijak mengenal pasti pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain berusia 33 tahun itu.

“Bukan senang sebenarnya (cari pengganti Daniel). Kita tengok beliau beraksi sebagai pertahanan di bahagian kiri, atau pun (di sebelah) kanan mungkin, larian yang beliau kena lakukan.

“Kita tengok statistik jaringan yang beliau lakukan, bantuan (gol) juga beliau ada di situ. Dan saya
rasa (usaha Sabah) untuk mencari pengganti beliau perlulah teliti,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Sabah meneruskan kempen liga dengan mengikat KL City FC 1-1 di Stadium Likas pada 9 Januari lalu.