Sarawak United Janji Selesai Kemelut Gaji Hujung Bulan Ini
Dunia
Sarawak United
Advertisements

Pasukan naib juara Liga Premier musim ini, Sarawak United telah memaklumkan bahawa pihak mereka sudah mengambil langkah untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji menjelang sambungan Piala Malaysia.

Menurut kenyataan oleh presiden kelab, Dato Posa Majais, beliau memberi jaminan bahawa isu ini bakal diselesaikan tidak lama lagi dan pembayaran itu bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, tular beberapa berita mengenai situasi yang berlaku di kem Sarawak apabila terdapat berita mengenai tunggakan pembayaran gaji berlaku melibatkan para pemain.

Advertisements

Sungguhpun begitu, Dato Posa memberitahu tahu bahawa perkara ini hanya melibatkan segelintir pemain di kelab dan proses pembayaran tersebut sudah mula dibuat sehingga hujung bulan ini.

‘Beberapa pemain yang memohon wang pendahuluan, kita berikan kepada mereka walaupun belum tiba gaji, jadi bukanlah ini juga dianggap sebagai gaji bulanan pemain.’

‘Tunggakkan gaji ini hanya melibatkan segelintir pemain sahaja, bayaran RM50,000 telah diberikan kepada salah seorang pemain import dan selebihnya akan dijelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini.’

Advertisements

“Bukan pemain import itu sahaja tetapi semua pemain akan mendapat gaji mereka,” katanya kepada CakapSukan.

Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir, Pengerusi First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL), telah memaklumkan bahawa Sarawak United FC bakal berdepan hukuman berat termasuklah ditarik balik lesen kelab seandainya gagal menjelaskan tunggakan hutang beberapa pemain utamanya.

‘Sarawak United FC gagal mendapatkan lesen AFC mereka kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pelesenan AFC.’

Advertisements

‘Dalam usaha pasukan diberikan lesen, mereka harus dinilai dan mematuhi enam kriteria utama, iaitu: Sporting, Infrastruktur, Personal & Pentadbiran, Undang-undang, Kewangan dan Perniagaan yang dinyatakan dalam MFL Club Licensing Regulations Edition 2021.’

‘Lesen AFC dan kebangsaan yang diberikan hanya berlaku untuk satu musim untuk musim 2022 dan sepanjang musim, jika ada kelab yang didapati melanggar artikel yang terdapat dalam MFL Club Licensing Regulations Edisi 2021 atau atau mana-mana syarat untuk pengeluaran lesen tidak lagi dipenuhi, lesen mereka boleh ditarik balik,’-Jelas beliau dalam satu kenyataan oleh MFL.

Beliau juga dari pihak MFL yang bertindak selaku pemberi lesen mengucapkan tahniah kepada kelab-kelab yang telah berjaya memperoleh lesen AFC dan kebangsaan masing-masing.

Advertisements

Selain itu, beliau turut memuji usaha kelab-kelab amat luar biasa dalam memastikan permohonan mereka berjaya walaupun bergelut dengan kesan wabak COVID-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram