Sarjit Singh Umum Barisan 30 Pemain Ampuh Malaysia
UltraSukan
FIH
Advertisements

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Sarjit Singh menyenaraikan 30 pemain bagi menyertai sesi latihan terakhir pasukan sebelum menyertai kejohanan-kejohanan penting bagi tahun 2024.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Malaysia Hockey Confederation (MHC), senarai lengkap 30 pemain pilihan Sarjit telah dikeluarkan dengan beberapa nama tidak asing lagi bagi para peminat hoki tempatan.

Posisi penjaga gol negara diketuai oleh pemain THT, Muhammad Hafizuddin Othman bersama-sama tiga lagi pemain iaitu Zaimi Mat Deris, Adrian Andy Albert dan Che Shahrul Azmi Che Saufi.

Advertisements

Di posisi pertahanan, tiga pemain TNB iaitu Marhan Jalil, Syed Syafiq Syed Cholan dan Najib Abu Hassan akan ditemani pemain-pemain muda yang lain seperti Faris Harizan, Syarman Mat Tee dan lain-lain.

Posisi tengah menyaksikan gabungan ketara pemain senior dan junior dengan Fitri Saari, Nik Aiman Nik Rozemi, Shello Silverius, Mughni Mohamad Kamal, Alfarico Liau dan tiga pemain lain akan mengisi tempat di bahagian tengah pasukan.

Advertisements

Di posisi penyerang, tiga penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2024, Muhammad Azrai Aizad, Nur Rahul Hrsikesa dan Faizal Saari bakal menjadi senjata utama skuad hoki negara selain lima penyerang lain yang turut dipanggil.

Sebelum ini, Sarjit telah memanggil seramai 46 pemain yang beraksi di dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) bagi menyertai sesi pemilihan skuad Speedy Tigers yang bermula pada 19 Mac yang lalu.

Advertisements

Daripada 30 pemain ini, hanya 18 pemain sahaja bakal disenaraikan untuk menyertai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) yang akan berlangsung di Ipoh pada 4 hingga 11 Mei depan.

Ujian pertama buat Sarjit bersama skuad kebangsaan akan bermula dengan tugas mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah yang dimenangi pada edisi yang lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram