Eropah
Advertisements

Pertahanan pertahanan England, Harry Maguire menegaskan bahawa sasaran utama England dalam Euro 2020 hanyalah satu iaitu menjadi juara pada edisi kali ini. Jika sasaran itu dicapai, ianya merupakan kali pertama dalam sejarah England memenangi Kejuaraan Eropah.

Maguire yang juga merupakan pemain pertahanan termahal dunia itu juga memuji kebijaksanaan dan sumbangan pengendali England, Gareth Southgate dalam membantu dirinya dan pasukan mencapai tahap yang terbaik apabila setiap kali diturunkan.

Gareth Southgate 1 Maguire : Sasaran England Adalah Juara Euro 2020
Pengendali England, Gareth Southgate adalah watak utama dalam kecermerlangan pasukan England

“Memenangi kejuaraan ini adalah sasaran utama kami dan kini ianya tetap sama dan tidak berubah sama sekali” kata Maguire kepada media.

“Saya tidak dapat gambarkan apa yang Gareth Southgate lakukan kepada saya dan pasukan. Dia cukup sempurna.”

Gol Harry Maguire ketika menentang Ukraine

Pasukan yang digelar The Three Lions itu kini menikmati waktu terbaik dalam kejohanan ini apabila sehingga kini, tiada lagi gol yang dilepaskan. Maguire dalam masa yang sama memuji disiplin bertahan yang sangat baik ditunjukkan oleh semua pemain bukan saja di bahagian pertahanan malah bahagian lain juga memainkan peranan masing-masing ketika bertahan.

“Ianya bukan kerana kami [tidak bolos] sebagai pertahanan, ianya datang dari penjaga gol dan seluruh pasukan. Ianya datang dari asas kami dalam berpasukan” tambah Maguire

“Yang penting bagi kami ialah memenangi perlawanan dan ‘clean sheet’ membantu kami untuk menang”

Advertisements

England akan bertemu pasukan bukan pilihan, Denmark dalam separuh akhir Euro 2020. Untuk rekod, England mara selepas membelasah Ukraine 4-0 dalam peringkat suku akhir. Manakala Denmark meneruskan cerita dongeng mereka dalam kejohanan kali ini apabila mara ke separuh akhir menewaskan Republik Czech 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram