Sathianathan Gesa Siasatan Mampu Rungkai Misteri Pemain ‘Hilang’
Dunia
FAM
Advertisements

Pengarah teknikal Sarawak United, B Sathianathan berharap badan siasatan bebas yang ditubuhkan FAM mampu merungkai persoalan dimana perginya pemain-pemain yang sepatutnya berada dalam skuad Harimau Malaya.

Ketiadaan tonggak-tonggak utama ini seakan misteri dan adakah benar alasan-alasan yang diperkatakan bahawa pemain-pemain ini ada yang cedera dan keletihan. Menurut Sathia, pemain yang dipanggil pada edisi AFF yang lepas adalah berbeza.

“Pemain yang sepatutnya ada dalam pasukan negara tetapi mereka tiada. Adakah pemain-pemain ini seperti apa Tan kata mereka keletihan dan cedera? Pemain kali ini berbeza dan ramai (muka lama) tidak main, jadi mengapa pemain-pemain ini hilang?

Advertisements

Bekas jurulatih Selangor FC ini mahu siasatan yang dilakukan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang dianggotai individu-individu di luar Persatuan merungkai segala sebab prestasi longlai pasukan kebangsaan di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

“Itu apa yang saya hendak tahu dari siasatan ini, jadi kita semua boleh nilai punca kemerosotan pasukan negara. Tiba-tiba pemain yang kita harapkan tidak ada,” kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu ketika dihubungi Bernama, pada Rabu.

Menurut Bernama, Sathia turut menyebut nama empat pemain yang sepatutnya berada dalam skuad iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Mohammad Syamer Kutty Abba. 

Advertisements

“Mereka ini adalah pemain-pemain yang telah beri sumbangan besar kepada pasukan negara pada awal kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” ujar Sathianathan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram