Detik jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya melakar satu lagi rekod hebat.
Skuad kendalian Hector Bidoglio mengesahkan kemenangan ke-17 dalam saingan Liga Super musim ini apabila menundukkan Terengganu dengan keputusan 1-0.
Kemenangan itu membolehkan Harimau Selatan untuk melakar 8 kemenangan dalam 9 aksi terakhir dalam semua kejohanan.
Menurut kemas kini laman Johor Southern Tigers, JDT kini terus melebarkan rekod hebat dalam saingan Liga Super bagi musim 2024/25.
JDT ketika ini merekodkan 78 perlawanan bagi saingan Liga Super tanpa tewas sejak April 2021 sekaligus menjunjukkan dominasi Harimau Selatan sukar dicabar.
Bukan itu sahaja, juara bertahan Liga Super 10 musim berturut-turut itu turut melebarkan rekod di tempat lawan apabila masih tidak tewas dalam 70 aksi sejak Mac 2018.
JDT kini berada pada landasan terbaik untuk mengekalkan 4 trofi domestik musim ini selepas mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia dan juga mendahului carta liga.
Cabaran hebat buat pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail adalah aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari nanti.