Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid menggegar jaring lagi ketika aksi menentang Negeri Sembilan FC.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner turun tanpa penyerang utama, Ismaheel Akinade sekaligus memaksa beberapa pertukaran berlaku.
Tuan rumah bagaimanapun tersentak apabila Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi tandukan Mika Junko untuk gol pertama pasukan.
Usaha Terengganu menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil menerusi sepakan percuma kapten pasukan, Safawi Rasid.
Pemain berusia 27 tahun itu memanfaatkan peluang selepas Azam Azmi dijatuhkan pada kawalan kotak penalti.
Beliau bijak mencari ruang apabila memerlukan hanya satu langkah sebelum sepakan percumanya menerjah jaring dan menewaskan Aqil Razak pada minit ke-45.
Jaringan ini juga menjadi sepakan percuma kedua berturut-turut buat Terengganu selepas menentang Selangor tempoh hari.
Pemain pinjaman JDT ini sudah pun mengumpul 5 jaringan dan dua bantuan gol bagi musim 2024/25.