“Saya Akan Merindui Penyokong Terengganu” – Faisal Halim
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

‘Saya akan merindui penyokong Terengganu, itu yang saya boleh cakap’

Berikut adalah sebuah kenyataan jujur daripada pemain sensasi Terengganu, Faisal Halim selepas kemenangan besar menentang Sri Pahang semalam dalam saingan Piala Malaysia 2022. 

Ad

Baki kontraknya akan tamat tak lama lagi, pemain berusia 24 tahun ini mengakui beliau amat menghargai semua penyokongnya yang tak pernah berhenti untuk memberi sokongan sehingga beliau mencapai tahap ini. 

Ad

“Sudah tentu saya menghargai diorang, Saya akan merindui fans Terengganu, itu yang saya boleh cakap.

“Alhamdullilah pasukan Terengganu menang dengan jaringan yang besar, dan saya berharap dan berdoa semoga keputusan ini kekal di Terengganu untuk kita layak ke seterusnya. 

Ad

Demi menghargai sokongan daripada penyokong, beliau kini menceburi bidang perniagaan dengan tujuan untuk lebih dekat bersama peminatnya. 

Ad

Mengulas lanjut, pemain sayap lincah ini mahu membalas jasa penyokong dengan cara menjual sambal bilis ini kerana baginya perkara ini dapat menjaga hubungannya bersama penyokong tidak kira daripada mana sekalipun. 

Ad

“Saya sebenarnya dari kecik berminat dengan jual menjual ini, saya suka dengan budak-budak. 

“Faktor utama saya menjalankan bisnes adalah kerana untuk bergaul dengan budak-budak. 

“Bisnes ini bukan untuk kaya atau sebagainya namun ini untuk saya meluangkan masa saya dengan penyokong Terengganu dan peminat saya, ini adalah cara saya balas jasa diorang, ” katanya kepada Harimau Malaya

Faisal Halim berjaya meledak satu jaringan dan satu bantuan jaringan ketika menentang Sri Pahang sekaligus membantu Terengganu membawa bekalan selesa bagi perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Zainal Abidin pada 1 November ini.