Advertising
“Saya Bagitahu Haaland Tolong Berhenti Jaringkan Gol” – Pep
MakanBola
Man City

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa beliau amat cemburu dengan penyerang sensasi pasukan, Erling Haaland.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi respon kepada kata-kata yang dihamburkan oleh bekas anak didik beliau, Zlatan Ibrahimovic yang pernah bersamamya ketika di Barcelona.

Ad

Ibrahimovic menggambarkan Guardiola merupakan seorang jurulatih yang sangat ego dan bakal menyekat perkembangan Haaland untuk terus menyinar.

Ad

Malah, respon jurulatih berusia 52 tahun ini mendapat respon pelbagai apabila beliau mengakui bahawa egonya sememangnya tinggi.

“Apa yang beliau (Zlatan) kata itu benar.”

Ad

“Ego saya sememangnya menggunung dan melebihi persembahan setiap pemain dalam pasukan.”

Ad

Guardiola jumpa dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa beliau berasa cemburu dengan Haaland.

Ad

“Saya cemburu dengan Haaland kerana apabila beliau menjaringkan tiga gol, semua mata tertumpu kepadanya.”

“Saya tak suka dan saya sangat cemburu,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sungguhpun begitu, jawapan tersebut dianggap menjadi kebiasaan Guardiola ketika ditanya oleh para wartawan tentang pemain dan juga pasukannya.