“Saya Bangga Dengan Arif Aiman” – Faisal Halim
Dunia
famalaysia
Advertisements

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Abdul Halim mengakui Arif Aiman seorang pemain muda yang sangat berbakat walaupun usianya masih muda.

Beliau menganggap pemain sayap Johor Darul Ta’zim itu mampu menjadi nadi pasukan kebanggsaan apabila berdepan pasukan Thailand nanti.

“Kemampuan skuad kebanggsaan tak boleh nafikanlah kerana kita ada Arif Aiman di sayap kanan. Dia memang bagus, seorang pemain muda yang bagus.

Advertisements

“Saya bangga dengan Arif Aiman, jika saya bergandingan dengannya kemungkinan boleh juara,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pemain sayap Terengganu ini turut akui Thailand antara pasukan yang terkuat di Asia Tenggara dan beliau berpendapat jika Malaysia mampu kejutkan skuad Gajah Perang, ia adalah satu pencapaian terbaik.

“Kita mahukan kejuaraan namun kita bertemu tuan rumah (Thailand) ianya bukan satu tugas mudah. Sekiranya kita mampu sekat Thailand, itu adalah satu pencapaian terbaik,” kata Faisal kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia akan berentap dengan Thailand dalam perlawanan pertama saingan King’s Cup 2022 pada hari Khamis ini jam 9:30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram