“Saya Gembira Kembali Ke Kedah” – Syafiq Ahmad
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC hari ini mengumumkan ketibaan seorang penyerang sensasi kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad.

Pemain berusia 28 tahun itu bakal menjadi watak penting dan tonggak utama Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Beliau akui begitu teruja diberi peluang kembali menyarung jersi Hijau Kuning. Syafiq yakin dengan pengalaman dan keupayaan sedia ada, beliau akan memberi sepenuh komitmen untuk membantu pasukan musim ini.

Advertisements

“Saya gembira kembali ke pasukan yang saya pernah cipta nama, saya akan usaha bantu naikkan nama Kedah dan yang penting prestasi saya dapat dipertingkatkan.”

Syafiq dalam pada itu juga tekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan Kedah. Beliau percaya dengan sokongan dari penyokong dan keupayaan skuad sedia ada, Kedah mampu menjadi pencabar utama pasukan gergasi Liga Malaysia pada musim ini.

“Kedah ada penyokong yang cukup besar, dengan perancangan terkini, senarai pemain baru yang masuk musim ini, saya dan rakan sepasukan berazam untuk naikkan nama Kedah, digeruni kembali,” ujar Syafiq.

Advertisements

Nama Syafiq pastinya akan kembali meniti di bibir para peminat Sang Kenari. Ketika menyarung jersi Kedah sebelum ini, beliau menjadi antara pemain kegemaran peminat dan penyokong pasukan Kedah.

Perpindahan Syafiq ke Kedah kali ini dengan status sebagai pemain pinjaman dari JDT. Sejak beraksi bersama Kedah dan JDT bermula tahun 2016, Syafiq telah membuat sebanyak 81 penampilan dengan 34 gol berjaya diledak penyerang berbisa ini. Beliau juga cemerlang merekodkan 11 bantuan jaringan sepanjang berkhidmat di pasukan Kedah dan JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram