“Saya Sudah Tidak Sama, Perlukan Pertolongan” – Karim Benzema
Asia
Ittihad Club
Advertisements

Legenda Perancis, Karim Benzema mengakui dirinya tidak lagi berbisa seperti dahulu dan beliau memerlukan pertolongan untuk kembali mencapai prestasi terbaik.

Komen tersebut dibuat susulan prestasinya yang kurang memberangsangkan di hadapan gol sejak Disember 2023.

Selepas menyertai Al-Ittihad secara percuma dari Real Madrid pada musim panas 2023, Benzema sudah meledakkan 12 gol daripada 25 perlawanan dalam semua kejohanan mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kali terakhir beliau meledakkan gol pada 30 November 2023. Tarikh tersebut menyaksikan Benzema meledakkan gol semasa menentang kelab Saudi Pro League, Al-Khaleej.

Sejak itu, beliau bergelut dengan masalah kecederaan dan kemerosotan prestasi. Situasi ini tidak dibantu dengan pemilihan Abderrazak Hamdallah sebagai peledak utama pasukan oleh jurulatih Marcelo Gallardo.

Atas sebab itu, Benzema berharap semua orang dapat membantunya untuk tampil lebih cemerlang bersama The Tigers selepas ini.

Advertisements

Ini kerana meskipun beliau hadir dengan reputasi besar, Al-Ittihad memerlukan semua pihak untuk berganding bahu dan bersatu untuk merealisasikan potensi pasukan itu termasuk dirinya.

“Saya bukan Benzema yang sama di Real Madrid kerana ini bukan permainan yang sama, pemain yang sama.

“Saya perlukan bantuan di atas padang, saya perlukan banyak perkara. Saya tak boleh memenangi perlawanan seorang diri,” katanya seperti yang dipetik wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Advertisements

Benzema dilaporkan mengeluarkan komen berkenaan selepas perlawanan menentang Al-Taawoun pada 5 April lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram