“Saya Tak Hebat” – Park Hang-seo
Dunia
sport5
Advertisements

Kekalahan kepada Thailand pada aksi final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ternyata membuatkan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakhiri tugasan terakhir selaku pengendali ‘Sang Naga Emas’ itu dengan kurang sempurna.

Mengulas mengenai perlawanan akhir semalam, Park Hang-seo mengakui dirinya tidak hebat dan itu yang menjadi faktor mengapa Vietnam tewas kepada Thailand. Di samping itu, pengendali dari Korea Selatan itu memohon maaf kepada seluruh penyokong Vietnam di atas kegagalan ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada jurulatih Thailand, Polking dan pasukan Thailand kerana memenangi kejuaraan. Saya mahu memenangi kejuaraan sebagai hadiah kepada peminat, tetapi saya tidak dapat mencapainya kali ini. Saya minta maaf.

Advertisements

“Keputusan Perlawanan ini bukan seperti apa yang saya mahukan. Ini kerana kekurangan kemampuan saya dan pemain sudah cuba yang terbaik. Saya berharap penyokong terus memberi semangat, memberi sokongan kepada pemain untuk memperbaiki diri dan bukan mengkritik mereka,” luah Park Hang-seo seperti dilaporkan TheThao.

Khidmat Park Hang-seo sebagai pengendali pasukan kebangsaan Vietnam akan tamat pada 31 Januari ini. Beliau akan berbincang dengan wakil beliau untuk mencongak masa depan dan memberi jaminan bahawa beliau akan terus berada dalam sukan bola sepak ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram