“Saya Tak Nak Duduk Bangku Simpanan Lagi” – Safawi Rasid
Dunia
Khairul/MakanBola
Advertisements

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid menjelaskan antara sebab penghijrahannya adakah kerana tidak mahu lagi memanaskan bangku simpanan lagi.

Beliau yang kini baru melaporkan diri bersama skuad kebangsaan menyatakan bahawa dirinya mahu beraksi dengan lebih kerap untuk memperoleh minit permainan.

Mengulas lanjut, bintang skuad Harimau Selatan ini kini fokus untuk memberikan yang terbaik dan juga merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Advertisements

“Fokus saya kini adalah untuk membantu skuad kebangsaan.”

“Saya nak buktikan sesuatu dalam kejohanan ini.”

Anak jati Dungun, Terengganu ini juga menyambut baik hasrat Presiden Ratchaburi FC yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Malah, beliau yakin kelab tersebut merupakan destinasi terbaik bagi mebantu beliau untuk mendapatkan semula keyakinan di atas padang.

“Umur saya dah 25 tahun, saya perlukan minit permainan.”

“Saya dah tak boleh nak duduk bangku simpanan lagi,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Safawi juga merupakan antara salah seorang kapten buat skuad kebangsaan ketika ini sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri mengenai masa depan beliau.

Kini, misinya adalah untuk menambat hati ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus menurunkannya beraksi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram