Dunia
Luqman Hakim Zubir
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan beliau tidak melarikan diri dan bersedia menjawab segala persoalan pada Jumaat ini.

Advertisements

Beliau turut berharap semua pihak bersabar dan memahami ketika sidang media pada Majlis Pecah Tanah Pejabat Baru FAM di Putrajaya.

Menjawab persoalan dilontar wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Abidin, Hamidin akui cintakan bola sepak sama seperti media dan orang lain dan beliau turut menjelaskan mengetahui apa yang beliau sedang lakukan.

Advertisements

“Saya tak perlu dipuji, saya tak boleh dipuji, saya cintakan bola sepak dan saya buat, nanti hari jumaat ini.”

“Anda semua sebagai media sukan juga menyokong bola sepak, anda nak bola sepak negara naik, saya turut begitu.”

Advertisements

“Netizen ada pandangan mereka, tidak mengapa, semua orang juga mungkin tidak dapat sokongan tetapi saya tahu apa saya buat.”

“InsyaAllah hari Jumaat saya akan jelaskan, anda semua datang saya tidak larikan diri.”

“Saya ada hal peribadi semalam baru potong gelang kuarantin dan saya sedia untuk jawab Jumaat nanti.”

“hari ni beri ruang untuk Perdana Menteri lakukan pecah tanah.”

Sebelum ini kepimpinan badan induk bola sepak Malaysia tersebut dikritik hebat sebahagian penyokong bola sepak Malaysia dan beliau bersedia berhadapan untuk menjelaskan segala isu berbangkit pada Jumaat ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram