Advertisement
“Saya Tak Suka Rakyat Diperbodohkan” – TMJ
Dunia
MakanBola
BERNAMA

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menyatakan keprihatinan baginda atas usaha Selangor yang kini mahu menyediakan sebuah Pusat Sukan bertaraf antarabangsa iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Baginda memberi pandangannya terhadap kos yang dinyatakan bagi pembinaan keseluruhan yang dikatakan hanya mencecah RM787 Juta sahaja.

Baru-baru ini, The Red Giants dikhabarkan bakal memiliki stadium berkelas dunia apabila Pemerdananan Menteri Besar (MBI) mengumumkan bahawa Stadium Shah Alam yang baharu akan dibina dalam masa terdekat.

Stadium yang turut menggunakan teknologi padang mudah alih ini akan dibina di atas tapak yang berkeluasan 188 ekar. Ia juga bakal dilemgkapi dengan sebuah stadium bertaraf dunia merangkumi 60 peratus daripada kawasan projek pembangunan.

TMJ dalam satu hantarannya menyatakan keraguannya terhadap usaha ini dengan membuat perbandingan terhadap sebuah Pusat Sukan yang berpangkalan di Singapura.

“Kos untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta dan pengambilalihan dianggarkan RM7.4 Billion.”

“Kalau Singapore Sports Hub pun maintenance setinggi itu , bagaimana stadoum yang lebih canggih lagi murah.”

“Ini adalah kos Singapore Sports Hub yang berkeluasan 35 hektar, bayangan kos untuk projek bersaiz 76 hektar,” jelas Baginda.

TMJ juga menyatakan bahawa tujuan Baginda memaklumkan bukanlah kerama cemburu namun tidak mahu rakyat diperbodohkan.”

“Dengan nama Allah SWT saya tak cemburu, saya hanya musykil dan tidak mahu rakyat diperbodohkan.”

7E13A593 2EDA 46D7 8A89 E7FE4310F938 "Saya Tak Suka Rakyat Diperbodohkan" - TMJ
IG: Hrhcrownprinceofjohor

Secara ammya, pembinaan stadium baharu ini bakal memuatkan sekitar 35,000 – 40,000 dengan ruang khas curva turut disediakan.