Sazali Samad Sah Buat Kemunculan Semula
UltraSukan
Sazali Samad
Advertisements

Bekas ahli bina badan negara, Sazali Samad sah membuat kemunculan semula dalam arena sukan itu.

Khabar ini dikongsikan oleh anaknya yang juga ahli bina badan, Hazim Sazali menerusi satu video di TikTok.

Beliau mendedahkan bapanya sedang membuat persiapan untuk kembali ke arena sukan yang pernah mengangkat namanya satu ketika dahulu.

Advertisements

“Tapi sekarang ni, dengar-dengarlah macam dia nak keluar balik (kembali beraksi sebagai ahli bina badan),” katanya kepada pemilik akaun TikTok, Youcast.

Untuk makluman, Sazali pernah memegang gelaran Mr Universe (juara dunia) dalam edisi 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014 sepanjang bergelar atlet bina badan negara.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Olahragawan Kebangsaan sebanyak empat kali (2006, 2010, 2013 dan 2014).

Advertisements

Selain itu, Sazali turut merekodkan kejayaan cemerlang dengan memenangi sembilan gelaran Mr. Asia – 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya digantung empat tahun oleh Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib & Anti-Doping) Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) selepas gagal ujian doping pada September 2015.

Sazali kemudiannya dikenakan penggantungan tambahan selama empat tahun kerana menyertai pertandingan bina badan di China semasa menjalani tempoh penggantungan.

Advertisements

Dengan hukuman penggantungan yang dikenakan berakhir pada 23 September lalu, tidak hairanlah ura-ura beliau kembali mewarnai arena bina badan Malaysia timbul.

Khabar ini jadi sahih selepas Sazali bakal menyertai kejohanan Nabba Universe 2023 di United Kingdom. Kejohanan bina badan antarabangsa itu bakal berlangsung pada penghujung bulan ini.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, beliau berharap penyertaan beliau dalam pertandingan itu berjalan lancar dan memberi sinar baru kepadanya sebagai ahli bina badan negara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram