Sebab Kenapa Amad Tunjuk Reaksi Marah Selepas Turun Dari Bas
MakanBola
Manchester United

Punca sebenar Amad Diallo menunjukkan reaksi marah selepas turun dari sejurus perlawanan persahabatan ASEAN All-Stars dan Manchester United akhirnya didedahkan.

Terdahulu, ramai peminat terkejut apabila pemain sayap Ivory Coast berusia 22 tahun itu menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong apabila kembali ke hotel penginapan.

Insiden tersebut bukan saja mencetuskan rasa tidak puas hati ramai penyokong United. Malah, insiden ini turut diperkatakan dalam media antarabangsa.

Susulan itu, penganalisis sukan, Chun Hang mendedahkan antara sebab Amad bertindak demikian ialah tindakan sesetengah penyokong yang memanggil beliau dengan nama Diallo.

Ini kerana nama itu memberi mimpi buruk kepada beliau kerana dilaporkan pernah menjadi mangsa sindiket penyeludupan kanak-kanak.

“Amad hanya beri reaksi apabila nama Diallo dipanggil. Nama tersebut menghantui beliau pada masa lalu dan beliau masih dihantuinya ke mana saja beliau pergi.

“Beliau dikatakan menjadi mangsa sindiket penyeludupan kanak-kanak dan beliau tidak mahu dikaitkan dengan nama itu lagi. Jadi tolonglah, ada sebab,” katanya di X.

Situasi itu juga mendorong United meminta pihak media memanggil Amad dengan nama pertamanya dan bukan Diallo.

Hal ini dikongsikan seorang pengguna X bernama Dylan. Ini atas permintaan bahagian komunikasi kelab itu kepada semua media termasuk pempengaruh media sosial.