“Sebelum Masuk Padang Mental Kena Kuat” Lagenda Kelantan Diusik Pemuda ‘Seberang’
Hiburan
TRW & Sinetron Kelate
Advertisements

Bekas pertahanan kental Kelantan FC, Zairul Fitree Ishak diusik oleh seorang pemuda yang menyamar seolah-olah berasal dari negara seberang.

Pemuda yang tukar di platform tiktok itu dikenali dengan nama The Real Maulana turut menyertai sesi live bersama-sama beberapa orang lagenda Kelantan antaranya Norfarhan, Nik Sharul Azim dan Rizal Fahmi Rosid.

Beliau diajukan soalan mengenai bagaimana cara untuk menjadi seorang pertahanan yang baik ketika beraksi di atas padang.

Advertisements

Katanya, seseorang pemain perlu memperisapkan mental sebaik mungkin sebelum melangkah masuk beraksi.

“Aku ini sering main ngotak, bagaimana. kita mahu bermain dengan dapat mengawal emosi di atas padang?”

Zairul menjawab bahawa persediaan mental amat penting kepada seseorang pemain.

Advertisements

“Sebelum masuk padang mental kita kena kuat lah, ” jelasnya.

Beliau akhirnya mengalah setelah pemuda itu mengatakan bahawa beliau tidak faham dengan apa yang disampaikan.

Usikan daripada rakan-rakannya akhirnya pecah juga apabila pemuda tiu tampil bertutur dalam dialek Kelantan.

Advertisements

Zairul juga sering diingati sebagai salah seorang watak penting ketika berjaya membawa Kelantan menjulang kejuaraan treble pada tahun 2012.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram