Sebuah kelab Liga 1 Indonesia kini hangat diperkatakan selepas menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mendapatkan khidmat salah seorang pertahanan Harimau Malaya.
Identiti kelab yang tidak didedahkan ini difahamkan mahu menantapkan skuad pada musim baharu ini dengan beberapa pemain difahamkan berada dalam radar pasukan bagi mengisi slot pertahanan.
Khabar ini memberitahu bahawa kudrat salah seorang pertahanan negara yang memiliki status yang agak baik menjadi buruan mereka.
Perkara ini juga berada dalam perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang melaporkan berkenaan perpindahan hangat di Asia Tenggara ini.
Menurut sumber yang diterima oleh MakanBola, pemain ini merupakan sebahagian daripada barisan pemain yang pernah dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mewakili Malaysia.
Perpindahan ini juga mampu memberikan lebih banyak minit bermain kepada pemain yang memiliki kualiti yang mampu memberi nilai tambah kepada pasukan yang disertainya.
Perbincangan mengenai urusan perpindahan ini bagaimanapun masih berada tahap awal untuk mencapai persetujuan.
Antara kelab yang disebut-sebut ialah Persija Jakarta yang masih memiliki dua kuota kosong pemain import selain beberapa kelab seperti Arema FC, Dewa United dan Persebaya Surabaya yang boleh menjadi destinasi pemain ini.
Sebelum ini, terdapat juga pemain Malaysia yang dikaitkan ke Indonesia seperti Sergio Aguero namun masih tiada sebarang perkembangan lanjut.