Selangor akui dengan kehebatan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai yang beraksi di laman sendiri.
Skuad kendalian Abdi Hassan terpaksa akur dengan kekalahan tipis ke atas tuan rumah, Jeonbuk bagi perlawanan keempat kumpulan H dalam saingan AFC 2 (ACL2) 2024.
Abdi Hassan kesan penyerang Jeonbuk, Tiago Orobo yang mempunyai kelebihan menerusi tandukan. Beliau juga sudah cuba untuk atasi masalah tersebut sebelum separuh masa kedua bermula.
“Ia adalah perlawanan yang sukar. Saya tahu Tiago adalah senjata utama untuk tandukan.
“Pada separuh masa kedua, saya cuba memperbaiki apa yang malang pada separuh masa pertama.
“Terdapat situasi di mana kami akan mencapai gol dan mencipta gol penyamaan, tetapi Jeonbuk berhak untuk menang,” kata Jurulatih Selangor, Abdi Hassan.
Selepas ini, The Red Giants akan bertemu wakil Thailand, Muangthong United pada 28 November ini di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, jam 8 malam.