Selangor Anjur Iftar Muhibah Di Stadium MBPJ
MakanBola
Selangor Royal Office

Sempena kedatangan bulan Ramadan, pengurusan Selangor FC mengumumkan penganjuran program Iftar Muhibah di Stadium MBPJ pada 22 Februari ini.

Program ini diadakan bagi meraikan penyokong Selangor berstatus pemegang pas bermusim musim 2025/26 yang hadir untuk aksi Liga Super antara pasukan itu dan Kuching City FC.

Pemegang pas bermusim yang berminat boleh hadir ke program yang diadakan di Pintu Masuk Grandstand Stadium MBPJ pada jam 6.00 petang.

Penyokong yang memiliki pas bermusim di Pintu Utara Stadium MBPJ turut dijemput hadir ke majlis itu.

Meskipun begitu, penyokong yang memiliki pas seksyen berkenaan tidak boleh masuk apabila perlawanan bermula kerana perlu melunaskan baki penggantungan satu perlawanan.

Selain itu, tiket Grandstand juga tidak dijual pada hari itu. Ini kerana seksyen berkenaan hanya dibuka kepada semua pemegang pas bermusim musim ini termasuk kategori Terbuka.

Ini bukan kali pertama Selangor menganjurkan program ini. Musim 2024/25 menyaksikan Selangor menganjurkan program sama bagi meraikan penyokong tuan rumah dan Kelantan Darul Naim FC (kini Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC)).