Advertising
Selangor Jemput Penyokong Ke Program Iftar Di Stadium MBPJ
MakanBola
Selangor FC

Sempena bulan Ramadan ini, Selangor FC menjemput peminat bola sepak untuk menghadiri program Iftar Muhibah di Stadium MBPJ.

Program yang bakal diadakan pada 8 Mac ini dibuat bagi meraikan penyokong Merah Kuning dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang hadir untuk aksi liga membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Penyokong yang ingin menyertai majlis berbuka puasa ini hanya perlu memakai pakaian solat atau jersi Selangor FC.

Ad

Penyokong turut diingatkan agar hadir lebih awal apabila program Iftar Muhibah bermula pada jam 6.00 petang. Ini kerana hanya 1,000 penyokong terawal saja yang dapat menyertai program itu.

Ad

Program ini dilihat antara inisiatif Merah Kuning untuk meningkatkan bilangan kehadiran penyokong di stadium terutama dalam bulan Ramadan.

Selepas maklumat program Iftar Muhibah disiarkan di platfrom rasmi Selangor, ramai peminat menyambut baik inisiatif itu.

Ad
Ad

Seorang peminat bernama Pamek Fahmie melihat inisiatif itu mampu merangsang semangat penyokong Selangor untuk membantu pasukan itu menamatkan musim sebagai naib juara Liga Super.

Ad

“Alhamdulillah, semoga Selangor menang perlawanan penting ini untuk mengukuhkan kedudukan nombor dua,” katanya di ruang komen Facebook.

Seorang penyokong lain bernama Muhamad Najib pula melihat inisiatif ini patut dipuji. “Alhamdulillah, terbaiklah Selangor FC,” katanya.

Selangor berpeluang menambah jurang mata dengan Sabah FC jika meraih kemenangan ke atas Sang Kijang Emas dalam aksi berkenaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments